Feb 8, 2012

Lempeng Kelapa

Lempeng Kelapa

bahan yang telah dibancuh.
bahan:
3 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
2 cawan air
garam secukup rasa


cara:
satukan semua bahan
kacau hingga rata
tambah air kalau perlu dan rehatkan sekejap
panaskan non-stick pan
sapukan dengan sedikit mentega
sendukkan 1/3 cawan adunan dan ratakan
masakkabn diatas api yang sederhana..
terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing





Terpaksa buat dua adunan.
1. Adunan Tanpa Kelapa.
2. Adunan Dengan Kelapa.
Selera anak anak ni macam macam.

Ikan Tilapia Merah Goreng Berlada ( Resepi Suami )

Ikan Talapia Merah Goreng Berlada

Ikan Talapia merah yang telah dibersihkan dan digaul garam kunyit.. akan digoreng terlebih dahulu.. barulah dilumur dengan sambal berlada..














Resepi untuk masak goreng berlada ni Aku cilok dari dapur kjee sikit.. rasanya sedap jugak.. kalau nak tahu cubalah..

bahan:
1 ekor ikan tilapia merah digoreng
2 biji cili merah*
20 biji cili api merah*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
garam & aji
air asam jawa
daun limau purut dihiris halus2

cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. jangan tumbuk sampai lumat..
panaskan minyak.. tumiskan bahan yang ditumbuk hingga kekuningan
rasa garam dan aji.. masukkan air asam jawa..
masukkan daun limau purut..
akhirnya golekkan ikan kedalam sambal..
angkat dan sedia untuk dihidang..

Ikan Masak Tauchu

Masakan Tauchu ini adalah masakan yang paling simple dan mula mula belajar sewaktu anak dara sunti.



bahan:
1 kg ikan Cencaru.. goreng dulu
5 ulas bawang merah hiris
2 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
3 sudu cuka
5 sudu taucu dicuci
1 biji bawang besar dipotong bulat
3 biji cili hijau dibelah dua
garam, gula & aji

cara:
panaskan minyak.. tumiskan bahan2 yang dihiris bersama bunga lawang dan kulit kayu manis hingga kekuningan..
masukkan pula taucu.. bawang besar dan cili hijau dan juga air
kemudian masukkan cuka.. garam, gula dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan ikan..
dah siap pun..

Feb 7, 2012

Beehoon Singapore - Ala Mazuin


Assalamualaikum, selamat sejahtera dan rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Malidul Rasul kepada seluruh umat islam...

Saya nak kongsikan resepi yang simple sangat..iaitu "mee Hoon Goreng Singapore". Tentu ramai yang pandai masak mee hoon goreng ni kan? tak pa la saya nak letak jugak resepi kat sini, mana la tau kan sebagai rujukan anak2 saya pada masa depan ..
Bahan2:
• 1/2 bungkus Mee Hoon-direndam hingga lembut & tos
• 2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
• 1 ulas bawang merah-ditumbuk halus
• 1 sudu udang kering-ditumbuk halus
• 1 cawan udang basah
• 1 keping dada ayam-hiris nipis2
• 1 sudu kecil lada hitam-di tumbuk
• 1 cawan taugeh
• 1/2 batang carrot-di parut kasar
• Garam secukup rasa
• Sedikit sos tiram
• 2 biji telur
• Minyak secukupnya
Cara:
• Panaskan sedikit minyak,masukkan telur dan goreng hancur hingga masak,angkat dan ketepikan.
• Panaskan minyak,tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.
• Masukkan udang dan ayam.Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
• Masukkan lada hitam ,sos tiram dan sedikit garam.Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan carrot.
• Gaul sebati hingga masak.Last sekali masukkan telur hancur, gaul rata, tutup api dan boleh la di tabur dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan juga hirisan limau kasturi...Kalau suka pedas boleh juga dimakan bersama sambal kicap

Feb 5, 2012

MASAKAN IKAN TALAPIA MERAH MENTEGA



Resepi Asal mengunakan ikan jenis lain. Tetapi saya modified guna ikan talapiah merah. Sedap dimakan dengan ( Sos Air Asam. Budu atau Sos Chilli padi ) mengikut kesukaan anda

Bahan:

• 1 kg ikan Talapia, bersihkan ( Perlu banyak Asam / Garam untuk hilangkan bau hanyir )
• 3 ulas bawang putih, cincang
• Garam secukupnya
• Aji No Moto rasa secukupnya
• 3 biji limau nipis, ambil airnya
• Margarine / Planta yang sudah dicampur dengan bawang putih halus dan Aji No Moto


Cara Membuat:

• Belah Ikan Talapia dari ekor sampai kepala. Lumuri dengan bawang putih, garam, Aji No Moto dan air Limau nipis.
• Masukkan Ikan Talapia ke dalamnya, biarkan selama 15 menit.
• Sapu dengan Rata dengan mentega, lalu bakar gurami di atasnya. Di Alih alihkan lagi dengan margarin.
• Setelah separuh masak, Titiskan dengan sedikit air Limau Nipis. Teruskan memanggang sampai ikan Talapia itu masak.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants for single moms