Feb 7, 2012

Beehoon Singapore - Ala Mazuin


Assalamualaikum, selamat sejahtera dan rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Malidul Rasul kepada seluruh umat islam...

Saya nak kongsikan resepi yang simple sangat..iaitu "mee Hoon Goreng Singapore". Tentu ramai yang pandai masak mee hoon goreng ni kan? tak pa la saya nak letak jugak resepi kat sini, mana la tau kan sebagai rujukan anak2 saya pada masa depan ..
Bahan2:
• 1/2 bungkus Mee Hoon-direndam hingga lembut & tos
• 2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
• 1 ulas bawang merah-ditumbuk halus
• 1 sudu udang kering-ditumbuk halus
• 1 cawan udang basah
• 1 keping dada ayam-hiris nipis2
• 1 sudu kecil lada hitam-di tumbuk
• 1 cawan taugeh
• 1/2 batang carrot-di parut kasar
• Garam secukup rasa
• Sedikit sos tiram
• 2 biji telur
• Minyak secukupnya
Cara:
• Panaskan sedikit minyak,masukkan telur dan goreng hancur hingga masak,angkat dan ketepikan.
• Panaskan minyak,tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.
• Masukkan udang dan ayam.Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
• Masukkan lada hitam ,sos tiram dan sedikit garam.Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan carrot.
• Gaul sebati hingga masak.Last sekali masukkan telur hancur, gaul rata, tutup api dan boleh la di tabur dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan juga hirisan limau kasturi...Kalau suka pedas boleh juga dimakan bersama sambal kicap

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants for single moms